Bersediakah?


" 'Sedia' awal ye ^^ "

Nota biru kecil itu ditenung lama. Pelik. Sedari tadi dia hanya tersenyum seorang diri hanya kerana nota kecil itu. Sedangkan pada waktu2 sebegini orang lain sibuk menelaah nota ringkasan Qiraat Ilmi masing2 buat kali terakhir.

"Am, nanti dalam dewan periksa duduk sebelah aku eh. Aku nak ambil berkat budak masyi", tegur Mariani sambil tersengih.

Amna tergelak kecil. Aku? Budak masyi? Tiada maknanya, sahabat.

Memori 5 tahun lepas menyapa sebentar. Sebelum orang mula menggelarnya 'budak masyi'.

Saat itu hujan lebat. Dewan sudah lengang drpd pelajar. Sudah setengah jam berlalu selepas peperiksaan tamat. Amna tersedu keseorangan di lereng bukit. Basah kuyup pakaiannya tidak menjadi masalah. Apa yg penting, dia nak menangis semahu hatinya.

Tiba2 seorang lelaki datang lalu mengambil tempat di sebelahnya. Namun tidak diendahkan oleh Amna. Amna seakan mampu mengagak siapa dia walaupun tanpa melihatnya.

"Sedih sangat nampak".

Tiada respon. Amna tidak bergerak sedikit pun daripada posisinya. Kesunyian mengisi suasana.

"Hah, mesti best kalau boleh tahu mati tu bila."

Tiba2. Aizan cuba memecahkan kesunyian dgn topik lain daripada topik kekecewaan si adik kesayangan.

"Ha, mulalah tu pelik2. Orang tgh sedih, bukan dia faham pun tu." Bicara Amna tersedu-sedu persis rengekan anak kecil.

Aizan tersenyum.

"Kalaulah boleh tahu mati tu bila, mesti boleh sedia awal utk masuk syurga."

Amna mengangkat muka. Air mata diseka. Dahinya berkerut. Lantas pandangan mata tajam ditujukan kpd lelaki itu.

"Tapi abang rasa tak mustahil ramai yg masuk neraka jg kan."

Aizan menoleh ke arah adiknya. Membalas pandangan yg tajam td dgn pandangan yg lebih redup. Kemudian tersenyum.

"Kenapa pula?", soal Amna pendek.

"Kenapa? Tak percaya?", soal Aizan pula bercanda.

Amna menajamkan lg pandangan matanya bak pedang yg runcing. Serious.

"Ok, baiklah." Aizan tergelak kecil.

"Amna tahu hari ni paper apa, pukul berapa, dekat mana?"

Jelas semakin bertambah kerutan dahi Amna mendengarkan soalan itu.

"Mestilah tahu".

"Kalau begitu kenapa masih ada lg tangisan selepas peperiksaan tu berlangsung?"

Amna terkedu. Kenapa masih aku menangis? Sebab persediaan aku masih tidak cukup.

"Tahu bila ia berlaku bukan penentu kejayaan, kesenangan masa depan. Akan tetapi persediaan adlh penentunya. Begitu jg dgn kematian. Meskipun jika ia bkn rahsia Tuhan, pasti masih ada manusia lg yg tak 'bersedia' utk perjumpaan dgn Dia. Ingat tu"

Aizan menatap penuh makna. Mengharapkan suntikan kesedaran utk si adik.

"Sedia awal ye"


Oleh : aqmusleem
Dedication to : faishuk

Ulasan