Bidadari,
Indahnya tidak terperi,
Hanya Pencipta yg mengetahui.
Sentiasa menanti,
Sebagai ganjaran syurgawi,
Bagi siapa yg benar2 mengerti,
Apakah tujuan hidup ini,
Sungguh misteri,
Dia bidadari.
Amna tersenyum. Buat kesekian kalinya puisi itu menjadi
benteng kekuatan dirinya. Menepis gangguan daripada makhluk
pencuri hati.
"Kesian dia, am. Dah berapa banyak duit dia habiskan utk kau.
Penuh dekat bilik aku tu hadiah2 dia yg kau tolak." Mariani
berseloroh.
Amna tidak mengendahkan leteran mariani. Sudah banyak kali
dia menolak dgn sejelas-jelasnya 'tawaran' dr Shukri. Baginya
terserah kepada lelaki itu, sekalipun harta sebesar gunung
Uhud dibelanjakan pun dia tak akan berubah pendirian.
Noktah.
"Peliklah aku tengok kau ni. Shukri tu dah lah baik, soleh,
imam masjid..duniawinya pula, hidup senang.."
Itu semua tidak menarik perhatian Amna sedikit pun. Imam Muda
Shukri, pemuda pujaan niqabis2 kampus. Huh. Bukan itu ciri2
idaman bakal imamnya.
"Kalau betul soleh, dia mesti tahu flow yg ditetapkan
syariat, ani. Bukan setakat tahu, tp amalkan. Bukannya selalu
hantar mesej yg tak penting, bg hadiah sana sini, siap
promosikan diri dkt facebook lg yg dia tgh mencari."
Bicaranya dihentikan seketika. Memberi laluan kepada
sahabatnya itu jika ingin berhujah sepertimana berlaku
sebelum2 ni apabila jodoh menjadi topik perbualan mereka.
"Ok, tu aku setuju. Tp sebelum2 ni pun ada saja yg lg baik
drpd dia datang meminang kau. Sama juga kau tolak. Jgn jadi
syadid sgt lah, am. Takde manusia yg perfect."
Amna tersenyum. Kerja penulisannya dihentikan. Pen
diletakkan. Kemudian dia menghadapkan seluruh badannya ke
arah mariani. Bersama pandangan mata yg mendamaikan.
"Aku sedang menanti lelaki yg mengerti tujuan hidup. Cukup.
Sekalipun dia tak sebaik, sesoleh, sesopan pandangan
kebiasaan org."
Amna mencapai sepucuk surat kiriman dr jordan di atas meja.
Kemudian dibuka surat itu yg tercatat puisi tulisan abangnya.
"Aku ingin jadi bidadari utk si dia yg ditakdirkan utk aku yg
belum aku temui lg. Sebab itulah aku perlu menjadi 'semahal'
bidadari."
Amna cuba mendalami bait demi bait puisi itu. Mencari erti
di sebalik tulisan.
"Sekalipun aku tidak mampu utk menjadi bidadari syurga,
setidaknya biarlah aku jadi bidadari utk dia di dunia."
Oleh : aqmusleem
Ulasan
Catat Ulasan