Bukan Kesempurnaan

Barang2 yg telah selesai dipacking dilonggokkan setempat. Sebuah beg hicking dan sebuah beg roda besar. Memang sesuailah dgn keadaan org yg nak merantau jauh.

"Enta dah bagitau Ira pasal perkara ni?"

Aizan buat tak endah soalan itu. Soalan yg menguji tekadnya utk pergi. Dia ingin pergi tanpa disedari. Saat semuanya kalau diikutkan mata kasar, sedang berlaku baik2 belaka. Tiada perlunya utk pergi, mencari sesuatu yg tak pasti.

"Ki, ana dah lama kenal enta..tapi first time enta pelik macam ni", Faris meluahkan kekusutan. Ternyata dia bimbang dgn keadaan sahabat karibnya itu yg membisu kebelakangan ini.

Nafas berat dilepaskan. Kemudian dia bersandar pd birai katil. Matanya pula ditutup sebentar.

"Iman ana yg gesa ana pergi, sahabat. Ana tak pernah merancang utk menapak sejauh ni." Aizan menatap dinding putih di hadapan. Seakan ada gambaran lain selain warna putih dinding itu. Mungkin terbayang gambaran sang bidadari.

"Apa yg enta rancang sebenarnya?"

Soalan itu sedikit menarik minat Aizan. Soalan yg meminta jawapan yg tidak akan pernah terfikirkan oleh manusia.

"Ana cuma nak Safira pakai stongan je. Supaya 'mahal' dia tak hilang"

Mata Faris membulat. Dahinya mula berkerut cuba menghadam jawapan Aizan. Kemudian dia ketawa.

"Eh, ana serious ni". Aizan menjeling.

"Yelah, ana serious jugak..serious lawak..hahaha"

Akhirnya Aizan turut tergelak bersama. Kelakar. Dalam diam, dia tak sangka Faris mampu menghiburkan hatinya saat2 yg menekan sebegini.

Mata Aizan menatap si sahabat penuh makna. Apa salahnya berkongsi rahsia dgn sahabat? Mungkin dia dapat bg aku motivasi2 yg membina. Bisik hatinya.

"Ana tak pernah rancang utk terlebih jauh masuk dlm hidup Ira yg org gelar singa tu. Sehingga dia berubah seindah sekarang. Akhirnya, ana sendiri kalah dgn maksiat hati yg kononnya 'cinta fillah'." Aizan menekup muka dgn kedua tapak tangan. Nafas berat dilepaskan beberapa kali.

Faris menggosok-gosok perlahan belakang badan Aizan, cuba memahami. Sudah lima tahun dia kenal Aizan, nyata kali ni memang Aizan benar2 tewas dgn cinta terlarang.

"Sebab tulah, ana amik langkah ni sahabat..supaya semuanya yg bermula diniatkan kerana Allah, kembali benar2 kerana Allah..bukan hanya alasan utk kesenangan sementara semata"

Hati Faris benar2 tersentuh. Melihatkan si sahabat tekad bertarung dgn dirinya sendiri. Antara iman dan nafsu. Antara pahala dan dosa. Antara bahagia sementara dan bahagia selamanya.

"Aduh kawan,, punyalah ramai perempuan2 solehah dkt luar sana..kenapalah enta cari penyakit jugak dgn si Ira tu. Katakanlah enta pilih yg solehah, ana yakin enta tak sesusah nk jaga hati mcm gini. Sbbnya, masing2 faham batas2 pergaulan dlm agama. Masing2 boleh jaga hati masing2 sampai masanya tiba."

Aizan tergelak kecil. Geli hati mendengar celoteh si sahabat.

"Sahabat, ana tak mengharapkan kesempurnaan, cukuplah yg diredhai."

Oleh : aqmusleem

Ulasan

Catat Ulasan