Amri dan Amru. Pelanduk dua serupa. Tiada beza. Cuma miliki kepakaran yg berbeza.
Amri merupakan ahli korporat termuda Islam. Hanya pd usia yg
muda sudah mampu mempunyai sebuah syarikat kewangan
persendirian yg mengamalkan sistem Islam sepenuhnya. Sangat
disegani dan dihormati. Dengan kegeniusan otaknya dlm bidang
matematik, sekitar umur 30-an namanya tersohor dlm bidang
kewangan antarabangsa.
Bermula hanya dgn seorang genius muda yg mampu mengaut hampir
keseluruhan peratusan keuntungan dlm pelaburan sebuah
syarikat perusahaan yg biasa. RM 20 ribu. Keuntungan
pertamanya yg mengejutkan bg orang yg boleh dikatakan 'baru'
dlm bidang pelaburan saham. Saat itu umurnya 21 tahun.
Graduan bidang kewangan sebuah universiti yg tidak terkemuka.
10 tahun berlalu. Bank Dunia menawarkan jawatan CEO kerana
kepakarannya yg terbukti utk kesekian kalinya. Sebuah
syarikat kewangan yg terkemuka hampir bankrap mampu bangkit
semula utk bersaing hanya dlm masa 6 bulan. Segalanya hasil
drpd buah fikiran Amri yg dibeli dlm bentuk sebuah modul
projek inovasi. Dan ianya terbukti berkesan. Buat entah
keberapa kalinya. Amri mula menjadi tumpuan mata dunia.
"Jangan terima tawaran Bank Dunia. Aku ada projek yg lebih
besar utk kau. Yang mampu melonjakkan nama Islam di mata
dunia."
Dunia tergempar. Media sibuk menyebarkan berita. Berita
mengutuk genius muda itu. Mengecewakan.
"Genius muda menolak jawatan CEO Bank Negara"
Berita itu menjadi bualan masyarakat dunia. Ada yg mengutuk.
Ada yg berhusnus zhon. Menjadi sejarah dunia, jawatan yg
tidak pernah terlintas dlm fikiran kebanyakan org utk
diimpikan, ditolak begitu saja oleh seorang pemuda yg dilihat
mempunyai masa depan yg cerah dlm dunia kewangan.
Tidak lama, sebulan cuma. Syarikat Amr & co pula
menggegar dunia. Cerita Bank Negara senyap, cerita baru
heboh. Kedua-duanya dgn watak yg sama. Amri si genius muda.
Kemunculan Amr & co menjadi musibah kpd syarikat kewangan
lain. Pelabur2 saham berebut mencari tempat dlm syarikat
tersebut. Syarikat2 kewangan lain mula merudum dan nyata
terdesak mencari pelabur2.
Lumrah dunia, musuh tidak pernah tiada dlm sesebuah cerita.
Bahkan Amri yg dahulunya menjadi pujaan dn dambaan kini
menjadi musuh ketat mereka. Sistem kewangan Islam yg moden
berjaya diperkenalkan. Masyarakat dunia seakan mengubah paksi
kewangan hidup mereka kpd sistem Islam yg digunakan Amr &
co. 'Mereka' berjaya.
Kini Amri menjadi ahli korporat yg menggerunkan. Seakan
sempurna dlm setiap sudut. Tiada ruang utk ditumbangkan oleh
musuh sepertimana ahli2 korporat Islam lain yg pernah menaiki
persada dunia kewangan sekejap cuma. Ditumbangkan dn
digulingkan perusahaan bisnes mereka. Tidak pula Amri.
Apabila ditikam, patah pisaunya. Apabila ditembak, tidak
tembus pelurunya. Kebal. Semua rancangan musuh gagal.
Ada rahsia yg tidak pernah terlihat oleh dunia. Bayang2 Amri,
Amru. Berdiri di belakang si genius muda. Kunci kepada
pendakian Amri selama ini. Benteng dan perisai dalam
perjuangan menaikkan nama Islam.
"Aku tidak pernah mengharapkan populariti. Menjadi bayang2
kau sudah cukup bg aku utk berjuang dlm jalan ini."
Amri tersenyum. Kata2 itulah yg menjadi trademark adik
kembarnya itu.
"Perjuangan aku pula tak akan pernah sempurna tanpa kau.
Kepakaran yg aku miliki tak cukup utk menaikkan Islam pd
peringkat ini."
Kepintaran otak Amru dlm selok belok ataupun strategi dunia
politik menjadi pelengkap senjata Amr & co. Menumbangkan
sistem yg zalim. Mengatasi pengusaha2 yg 'dajjal'. Yg sanggup
melakukan apa saja kejahatan utk mengatasi pihak lawan.
Menutup setiap ruang ancaman musuh.
"Aku juga tak akan sampai ke tahap ni tanpa panduan kau. Aku
cuma tahu selok belok matematik. Tapi kau yg memandu
kepakaran aku dlm selok belok dunia", Amri menambah.
Amru tersengih.
"Bukan panduan aku, tapi panduan dr Tuhan."
Mereka berdua tergelak bersama. Benar. Semuanya anugerah
Tuhan.
"Alhamdulillah.."
Laptop dimatikan setelah penulisan itu disimpan. Sebuah lg
cerita pendek ditulis oleh Aizan. Menyampaikan mesej melalui
penceritaan.
"Sungguh, tiada lebihnya yg di atas berbanding yg di bawah.
Yg di depan berbanding yg di belakang. Semuanya saling
berkaitan, menguatkan bahkan saling menyempurnakan."
Oleh : aqmusleem
Ulasan
Catat Ulasan