Kerana DIA Dekat


Amna melipat sejadah. Hati sedikit lega dan lapang stlh mengadu kpd Dia. 

Henset dicapai lalu ditekan butang on. Ada satu mesej masuk 20 minit lepas. 4.30 pagi. Mungkin kerana terlalu khusyuk bermunajat sehingga tak menyedari hensetnya berbunyi. Mesej itu dibuka.

"Assalamualaikum, Amna. Moga adik dlm keadaan baik2 belaka. Teguhkan hati, bicaralah dgn Dia. Hidup ni memang susah, payah..sbb Allah nk bgtau yg dunia ni BUKAN syurga. Hidup ini mmg utk diuji. Moga kuat ye"

Amna mengerutkan dahi. Pelik. Entah kenapa dgn abangnya hantar mesej sebegitu pagi2 buta dr jordan.

Amna hanya membalas mesej itu dgn tanda soal dn emoji muka berkerut. Malas nak menaip lebih. Itulah mengapa dia melabelkan abangnya pelik. Perbuatannya selalu diluar kebiasaan.

Selang beberapa minit, mesej baru masuk.

"Saja mengingatkan. Mana tau Amna tgh dilanda stress. Yelah, abang sendiri selalu rasa diri lost saat2 diuji. Tercari cari mana perginya si Aizan ni. Lumrah manusia mmg mcm tu"

Ternyata makin bertambah kerut dahi Amna. Memang betul2 pelik. Tiba2 sebut pasal stress, lost, lumrah manusia stlh agak lama tak berhubung.

Tiba2 dia tersentak. Mesej itu diulang baca lagi.

"Tgh dilanda stress"
"Diri lost saat diuji"
"Tercari2 mana pergi Aizan(nama abangnya) ?"
"Lumrah manusia"

Amna teringat status telegramnya. Mencari aku.

Hatinya tersentuh. Abangnya seakan memahami keadaannya kini. Air mata jernih menitis. Kemudian dia tersenyum. Aizan memang selalu di luar kebiasaan. Kerana kebiasaannya dia akan ada saat dirinya memerlukan.

Amna menaip balas.

"Abang memang pelik. Mcm tau2 adik tgh down or something like that. You will always be with me when I need someone."

Agak lama Amna menanti hensetnya berbunyi setelah menghantar mesej td. Henset itu digenggam erat. 

Akhirnya satu mesej masuk ke peti simpanan. Nama "akhi mahbub" tertera di skrin.

"Nope. Because He will always be with you. Not me. Allah yg gerakkan abang bg kata2 semangat, sokong Amna ketika susah. Dia tak nak hamba Dia ni putus asa dgn kehidupan. Sbbnya nk jumpa Dia dkt syurga kena lalu dunia dulu. Dunia ni BUKAN syurga. Ingat, jk Amna rasa abang dekat.. bahkan Allah lebih dekat dr urat nadi leher kita :-)"

Dadanya makin bertambah sesak. Tak mampu menahan deraian hujan lagi. 

Tak sempat membalas, satu mesej baru masuk.

"Pesanku, Allah selalu menyayangi kamu"


Oleh: aqmusleem

Ulasan

  1. nice one... cara penulisan yg menarik.. nntia da msala lpang sy cuba baca yg lain jgk.. keep ur writing~

    BalasPadam

Catat Ulasan