Lillahitaala

"Kerana Dia ada selamanya."

Tepukan gemuruh memenuhi segenap ruang auditorium. Ada yg bertakbir melontarkan semangat, ada juga yg tersenyum lebar berpuas hati dn tidak kurang juga yg mengalirkan air mata. Bermacam ragam dan reaksi manusia di penghujung motivation talk itu.

"Alhamdulillah..", bisik hati dia. Syukur dan lega sekali bila penyampaiannya difahami.

"Maafkan saya, Dr Nurul. I'm a writer in majalah Life. I have a favor. May I ask you some questions?"

"Oh, sure", jawab Nurul spontan separa terkejut dgn kemunculan perempuan free hair itu dr belakang tiba2.

Mereka mengambil tempat di lobi hotel. Nayla bertanyakan soalan2 basa basi utk pendahuluan, walhal ada soalan yg nak sgt ditanya kpd motivator itu. Yelah, takkan nak tunjuk kegelojohan diri itu sangat.

Dan akhirnya masa itu sampai.

"Hmmm..doktor, i follow setiap talk yg doktor sampaikan. I yakin you give every talk based on your experience, right?"

Doktor Nurul tersengih memberikan isyarat "ya". Memang itulah yg berlaku. 'Perkongsian pengajaran kehidupan' bukan 'penyampaian rekaan pengajaran'.

"Well, did you ever fall in love before?", tanya Nayla bersungguh-sungguh. Soalan itulah yg bergelojak dlm hatinya selama ini tentang insan yg dijadikan ikon dirinya itu. Akhirnya terlepaskan.

Mata Doktor Nurul membulat. Kemudian dia tergelak kecil.

"Must i answer that question?"

Nayla mengangguk laju. Doktor Nurul tersenyum. Moga kalau diceritakan, perempuan muda itu dapat sesuatu utk kehidupannya.

"I will tell you about someone's story. Its happened a long time ago.."

////////////////////////////////////////

"Awak, mana stongan?"

Ira tersentak mendengar soalan mengejut itu. Namun lengan bajunya yg terselak dibiarkan saja.

"Suka hati sayalah. Apa awak kisah." Huh. Menyusahkan. Suka masuk campur hal orang. Hati Ira membentak.

"Saya tak kisah pun. Saya cuma kisah dgn zauj awak nanti. Kesian dia, dapat isteri yg tak 'mahal' lg".

Zaki terus mencicit lari sebelum pinggan mangkuk kafe terbang ke mukanya. Nyata dia baru saja cari pasal dgn 'singa'.

Muka Ira merah padam menahan marah. Darahnya panas menggelegak. Tiada lelaki lg yg  pernah berani 'menyapa' dirinya setakat ini. Kecuali makhluk td.

"Tunggu ye Zaki. Dunia ni kecik, tak besar. Jauh mana pun kau lari, aku cekik kau nanti", bebel Ira sendirian.

Memang takdir itu rahsia Tuhan. Tiada yg mampu menjangka ketentuan Dia.

Ira, siswi perempuan brutal anti tarbiyah yg dilegendakan akan menjadi nightmare bg mana2 lelaki di dunia. Walaupun Ira mempunyai rupa, namun sifat ke'lelaki'annya terserlah melebihi paras rupanya.

Bermula dgn niat utk mencekik, kini sebaliknya. Takdir menuliskan sesuatu yg tidak pernah terfikirkan oleh manusia. Safira jatuh cinta. Bukan takat itu saja, niat utk menjadi 'wanita solehah' mula muncul dgn kehadiran seorang Zaki.

"Saya tak mampu, awak.. nanti macam mana orang pandang saya? Macam2 fitnah dgn kutukan nanti saya dapat."

"Safira, listen to what people don't say. Do what you think the best. Allah, ada..dont worry ok".

Semuanya berputar 360 darjah. Membuatkan dunia seakan terpana seketika. Ira kini bergiat aktif dlm bidang dakwah. Usrah menjadi tempat kedua selepas masjid. Kakak2 naqibah menjadi teman rapatnya kini. Tudung yg dilabuhkan, jubah menjadi pakaian harian, stongan tidak pernah tanggal cuma niqab saja yg belum mampu utk dikenakan. Persis bidadari. Indah sekali.

Malangnya perubahan itu sekejap cuma. Niat utk menjadi wanita solehah lesap ditelan masa. Zaman kejahilan dan kegelapannya kembali meniti hari.

"Maafkan saya, Ira. Tugas saya sudah selesai. Saya ada perjuangan lain yg perlu diteruskan. Moga awak terus tsabat dgn perubahan ini".

Sebulan Ira tidak keluar rumah sejurus mesej itu ditinggalkan. Bahkan beberapa kali saja dia keluar bilik. Cuma dia bernasib baik darah tidak keluar menjadi air mata. Meratapi nasib ditinggalkan. Zaki berpindah tempat pengajian di luar negara tanpa 'salam perpisahan'. Dia tidak pernah muncul lg sejak hari itu.

"Habis tu, sekarang Ira tu macam mana?", sampuk Nayla.

"Kalau tak silap saya, sekarang dia dah jadi motivator."

Nayla menganggukkan kepala beberapa kali sambil mencatat sesuatu.

"Macam mana pulak?". Dahi Nayla berkerut.

Doktor Nurul tersenyum.

Hari-hari berlalu seperti biasa. Bidadari menghilang, singa kembali. Seakan tiada apa yg pernah berlaku. Sungguh pun begitu, hati kecil Ira sangat teringin kembali memakai stongan semula. Tp pemangkin semangat dirinya sudah tiada. Maka niat itu terkubur begitu saja.

Hensetnya berbunyi. Wassap dr kakak naqibah. Masih tidak putus asa mengajak dirinya kembali join usrah.

Artikel yg dicuri tampal (copypaste) panjang gamaknya. Tp entah kenapa waktu itu dia rajin utk membaca tak seperti biasa.

"Artikel itulah yg membangunkan kesedarannya semula. Pesanan rangkap akhir artikel itu seperti khas ditujukan buat dirinya dr penulis yg menggelar dirinya AZ". Doktor Nurul tersenyum usai bicara.

"Apa pesanan tu doktor?"

Doktor Nurul memandang ke langit kemudian dia tersenyum lg.

"Makhluk tidak selamanya ada, usailah perubahan yg diserta utknya. Berubahlah kerana Dia, kerana Dia ada selamanya."

////////////////////////////////////////

Dari kejauhan beratus ribu kilometer kelihatan seorang lelaki berkemeja sedang melunjurkan kaki di beranda masjid sambil menatap langit.

Tag namanya tertera tulisan, Aizan Zaki.

Saat segalanya indah dirasai,
Siapa tegar utk pergi,
Cinta Ilahi harus kudahului,
Menyisakan tipuan cinta duniawi,
Demi membina cinta yg suci,
Bila saatnya tiba nanti,
Ku kan menjemputmu wahai bidadari.

"Jika benar cinta, mesti mahu sampai ke syurga wahai Nurul Safira."

Oleh : aqmusleem
Dedication to : Syafiq Zuki

Ulasan