MATAHARI


Sungguh terhina. Celaka sekali dia. Semuanya hancur, berantakan. Segalanya sudah berakhir. Tiada lg yg tersisa.

Ikhwan mengamuk. Bilik kajiannya bersepah tidak terkata. Fail2 dilemparkan semahu hatinya. Semuanya sudah tiada guna lagi. Dia penat. Usaha utk merealisasikan projek ISRAFIEL sepanjang 2 tahun ini sia-sia. Formula yg dirangka yg mengorbankan masa makan, rehat dan tidurnya selama ni nyata dgn mudah dicuri oleh Zahid. Si pembantu makmal.

Ikhwan menghenyakkan tubuh atas kerusi. Dia hilang arah. Bahkan ketika dinasihati agar lebih bersabar oleh pembantu2 lain tdnya malah dimarahi semula.

Pintu makmal terbuka. Muncul seorang lelaki di sebalik pintu. Lengkap berpakaian tuxedo hitam beridentitikan CEO Amr & co. Segak sekali.

Lelaki itu menghampiri Ikhwan. Wajahnya damai dgn senyuman. Seakan tiada malapetaka yg telah berlaku kpd syarikatnya

"Encik Amri, maaf."

Ikhwan tergesa-gesa membetulkan posisi kedudukannya separa terkejut dgn kehadiran CEO syarikat itu secara tiba2.

"Eh, tak mengapa." Amri tersenyum. Lalu duduk berhadapan dgn ikhwan.

Ikhwan tidak mampu utk membalasnya. Mana mungkin dia mampu tersenyum saat ini.

"Saya penat tuan. Tiada apa lg yg tinggal sekarang. Semuanya sudah tamat." Ngadu Ikhwan.

Saintis muda berkot putih itu ditatap dalam. Riak wajahnya sudah cukup menggambarkan betapa tertekannya dia.

"Siapa kata tiada apa yg tinggal sekarang?"

Dahi ikhwan berkerut. Siapa kata? Soalan apakah itu? Semuanya jelas dah berakhir sekarang.

"Kita kehilangan ciptaan, tp kita tak pernah hilang Pencipta"

Ikhwan tersentak. Ciptaan? Pencipta?

"Sekalipun bumi ini gelap kerana kehilangan matahari, tidak jg perlu bimbang. Kita tak akan pernah hilang Pencipta matahari."

Dada ikhwan seakan dihentam sesuatu. Kebenaran apakah ini?

"Inikah yg menjadikan tuan seorang yg tak berperasaan selama ini? Sentiasa tersenyum walau digoncang hebat dgn ujian?"

Tiada jawapan. Hanya senyuman. Bersinar seperti matahari.

"Kamu tidak perlu jawapan. Kamu hanya perlu keyakinan."


Oleh : aqmusleem

Ulasan