N I N J A

Dengan nama Allah, aku menulis. Berharapankan, moga manusia melihat keindahan Tuhan dalam pensyariatan.

/////////////////////

"Ki, tadi aku nampak ninja"

"Ninja? Ada je benda pelik yang kau nampak"

"Eh, serious ni. Aku tak tipu der. Boleh tahan 'mengancam' jugak lah"

Aizan meneruskan bacaan buku, tidak mengendahkan Faiz. Lebih baik dia fokus untuk menghayati bacaannya daripada melayan repekan si sahabat.

"Ha, tengok tu. Itulah ninja yang aku nampak tadi." Faiz bersungguh menunjukkan jarinya ke arah beranda masjid.

Dengan terpaksa relanya Aizan menghentikan bacaan demi menjaga hati si sahabat. Nanti kalau tak layan, merajuk pula gamaknya. Kemudian dia melontarkan pandangan ke arah yang ditunjukkan.

"Aduh, kena sebijik atas kepala..haha.. ada je orang yang kau nak 'bahankan'.." Aizan tergelak saat melihat ke arah seorang akhawat yang sedang memakai kasut di tangga beranda masjid. Rupa-rupanya itu 'ninja' yang dimaksudkan.

"Yelah, orang pakai niqab sebab nak jaga kehormatan diri daripada pandangan ajnabi. Dia pakai niqab sebab nak tarik perhatian ajnabi", bicara Faiz diikuti ketawa yang agak galak. Cepat-cepat dia tekup mulut dengan tapak tangannya, bimbang undangan buruk pandangan masyarakat terhadap penganut Islam. Islam mengajar akhlak, cuma terkadang muslim yang tidak mahu berakhlak.

Aizan tersengih sambil menggeleng-gelengkan kepala. Walaupun si Faiz itu memang dikenali dengan sifat 'gila-gila', tetapi setiap 'gila-gila'nya itu membawa makna.

"Biarlah, Faiz. Husnu zhon itu lebih baik. Lagipun apa kau tau pasal niqab..bukan kau pakai pun"

Usai geli hatinya reda, Faiz kembali menatap Aizan. Dia terkesan dengan kalimah 'husnu zhon'. Memang itulah dia seorang Zaki, bicaranya pasti berunsurkan peringatan. Jikalau sahabat-sahabatnya yang lain pasti sudah turut serta dengan agenda mem'bahan' itu.

"Ye ki, aku tak pakai. Tapi aku minat pada pemakai. Sebabnya, akhawat yang berniqab pasti dia faham agama. Allah suruh tutup aurat bukan sekadar sebagai hijab pandangan zahiri, tapi juga 'pandangan nafsu' ajnabi. Habis dah kalau akhawat tu berniqab tapi berfesyen, warna macam pelangi..macam bintang pun ada. Lip lap sana, lip lap sini. Lilit sana, lilit sini. Balut sana, balut sini. Tak ke tabarruj namanya tu."

Panjang lebar Faiz meluahkan apa yang terfikirkan di benaknya. Sungguh, akhawat berniqab memang ciri zaujah idamannya tapi bukan akhawat 'ninja'. Haha.

"Kiranya, kalau akhawat yang tak berniqab tu kiranya mendedahkan diri kepada pandangan nafsu ajnabi jugak lah ye?" soal Aizan cuba menguji kefahaman atau teori si sahabat. Sebabnya, dalam mazhab Syafi'e tiada penetapan wajah juga termasuk dalam aurat perempuan.

Faiz menghela nafas berat, kemudian dia tersenyum. Matanya menatap dalam wajah Aizan.

"Ki, aku tahu kau lebih mahir bab-bab ni daripada aku. Fiqh empat mazhab mesti kau dah masyi punya."

Aizan menggeleng. Buku novel Islami karya Aq Musleem ditangannya ditutup. Pandangan mata si sahabat pula dibalas dengan pandangan yang lebih damai.

"Ilmu memang tersedia dalam buku, atau kitab penulisan ulamak-ulamak. Semua orang boleh belajar dan mengamalkannya. Tapi akhi, tak semua orang mampu 'melihat' hikmah di sebalik pensyariatan agama".

Senyuman Faiz melebar. Kagum sekali dia dengan Aizan. Setiap patah bicaranya seakan mempunyai 'ruh' yang menyenangkan. Seakan mampu memotivasikan sesiapa saja yang mendengarnya.

"Ok, faham. Aku tak bermaksud akhawat yang tak berniqab dekat luar sana mendedahkan diri dengan pandangan nafsu ajnabi. Malah, tak salah pun sebabnya bukan kewajipan dalam mazhab Syafi'e. Cumanya apa yang aku fikir, pensyariatan tutup aurat itu bukan sekadar guideline Tuhan bagi menghijab pandangan zahir ajnabi. Tapi jugak pandangan batin atau pandangan nafsu ajnabi."

Keadaan menjadi senyap seketika. Sela beberapa detik usai dihadam penerangan panjang lebar Faiz, Aizan ketawa.

"Haha.. hebat kawan aku ni. Betullah apa yang kau cakap tu, sebabnya ramai je akhir zaman ni yang tutup aurat tapi telanjang. Membatasi pandangan ajnabi daripada melihat aurat, tapi mengundang pandangan nafsu ajnabi yang menjerat. Aku juga sokong, akhawat yang berniqab itu pasti faham perlunya hijab batin sehingga perlunya dia menutup muka. Tapi mestilah niqabis, bukan ninjabis."

Mereka berdua tergelak bersama. Banyak ideologi baru pagi ini. Ideologi yang tidak diceritakan dalam syariat tetapi sebagai hikmah yang memaknai pensyariatan.

"Assalamualaikum", tiba-tiba suara lembut disela angin menyapa.

Aizan menoleh ke arah empunya suara. Seorang akhawat berjubah hitam serta berjilbab dan niqab merah sedang berdiri menghadap ke arahnya dalam jarak tiga depa. Hanya mata kebiruannya saja yang kelihatan.

"Subhanallah..astaghfirullahalazhim..",bisik Aizan perlahan serta merta menundukkan matanya. Seakan sebatang anak panah laju menikam qalbunya.

"Izinkan saya bertemu dengan Ustaz Aizan. Saya Rabiatul, roisah baru Lajnah Dakwah."

Aizan tersentak. Dadanya mulai terasa sempit. Debaran dahsyat yang tak terkata dirasakan. Matanya mencari wajah Faiz. Ternyata pengganti partner lajnahnya yang sering diperkatakan oleh geng-geng tarbiyah akhirnya muncul.

Satu soalan maut menyerbu otaknya.

"Macam mana aku nak jaga hati???"

Kuatkan aku, Ya Allah.


Oleh : aqmusleem


Ulasan

  1. "Kalau tertutup lebih membawa kepada mudarat atau fitnah yang lebih besar, maka buka itu lebih afdhal."

    Terbaik min. Aku suka cerita ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergh, mantop! Islam itu syumul, tidak terhad. Asalkan syariat terlaksana, hikmah dirasa sama.

      Padam

Catat Ulasan