Tentangmu

Dua minggu berlalu selepas kepulangan Safwa ke pangkuan Rabbnya. Aku pulang semula ke Jordan bagi meneruskan saki baki masa terakhir sebelum peperiksaan akhir. Bumi ini bakal aku tinggalkan sepenuhnya selepas itu.

Keadaan Mak dan Abah kelihatan baik sewaktu tanah air aku tinggalkan. Namun, hati manusia hanya Allah saja yang tahu bagaimana perihal yang sebenarnya. Doa akan selalu aku titipkan buat mereka agar sentiasa kuat dan tabah.

Aku pula? Masih dalam usaha utk membesikan hati tatkala rindu pada dia menyapa. Terkadang terasa janggal dan seakan bersalah bagi membenarkan rindu tersebut. Tapi apabila difikirkan balik, apa salahnya punya perasaan ini? Safwa sememangnya sudah halal utk aku rindukan. Salahnya apabila membenarkan rindu itu sebelum kami diijabkabulkan.

Solat menjadi tempat aku bertahan. Mengadu, meluahkan dan berbicara denganNya. Kerana aku tahu, hanya Dia saja yg mampu menyampaikan bicara hatiku kepada Safwa.

***

Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan giat memperkasakan dakwah melalui berbagai medium. Setiap ahli disarankan agar mempunyai apa jua medium dakwah masing2. Medium yg dipilih bergantung kepada potensi individu masing2 asalkan usaha itu digerakkan.

Memandangkan aku bukan ahli dalam bidang lisan, media sosial menjadi pilihanku. Bak orang kata, dengan penulisan mampu mengubah dunia.

Aku menggaru kepala yg tidak gatal. Banyak pula maklumat yg perlu diisi utk membuka akaun Facebook yg baru. Buat pening kepala saja. Ujian pertama dalam dakwah gamaknya.

Password?

Fikiranku menerawang seketika. Apa benda yg susah utk aku lupa ya? Tup. Idea sampai. Lantas aku tersenyum sendiri.

Mulkogi1406.

Tanpa berfikir panjang istilah itu menjadi pilihan hati. Bukan pilihan minda. Selesai jua mendaftarkan akaun baru.

Aku merehatkan badan pada badan kerusi. Coklat Snickers di atas meja aku tatap lama. Setiap kali aku mengidam coklat, pasti Snickers menjadi kegemaran. Jenama lain sememangnya tiada tandingan. Snickers yg penuh dengan makna.

***

"Takde apa2 lah. No worry."

"Mcm fishy ja bunyi ust. Ke ada apa2 ni."

"Fish in the pond." Aku tergelak geli hati setelah butang hantar aku tekan. Sengaja aku ajuk ayat yg Safwa selalu guna.

"Ana ada perkataan baru yg selalu akhawat guna. Nah, Mulkogi"

"Eh, apa benda tu?"

"Haa, mesti tertanya-tanya kan. Carilah sendiri."

Aku terjeda sejenak. Macam mencurigakan pun ada. Lantas aku buka group whatsapp perwakilan persatuan lalu bertanya tentang maksud perkataan tersebut.

Tidak sampai beberapa minit, respon2 perwakilan akhawat muncul.

"Eh?"

"Mana dpt perkataan ni?"

Ada jg yg menghantar emoji muka yg sedang berfikir.

Serta merta mesej dari Safwa masuk.

"Ustaaaaaaaaazzzz. Kenapa tanya dlm group tuuu???"

Haha. Bagai hendak pecah perut aku tahan ketawa di tengah khalayak ramai di medan selera TBS.

"Habis, dah suruh cari sendiri. Ana tanyalah terus dlm group. Senang."

Mesejku tersebut dibalas dengan emoji bom beberapa butir. Segera aku tekup mulut dengan telapak tangan kanan. Geli hati tadi belum habis, ditambahnya lagi dengan trademark bom Safwa.

"Habis tu maksudnya apa?"

"Mulkogi tu fish".

Aku menggelengkan kepala beberapa kali. Ada saja perkara pelik yg aku belajar dari Safwa. Tidak kurang jg makna2 kehidupan yg sering Safwa kongsikan melalui quote2 yg diberi.

"Mulkogi in the pond."

***

Aku tersedar daripada lamunan. Bibirku masih lagi tidak berhenti daripada melebar. Banyak perkara yg berkaitan dengan Safwa masih segar dalam memori sekalipun ianya telah ditinggalkan bertahun-tahun. Bahkan, ianya memori yg tidak mahu aku lupakan.

Segera aku lintaskan basmalah dalam hati. Berharapan agar status pertama bagi akaun baru ini diberkatiNya.

"Takdir dan kehendak Allah tidak pernah salah. Jika hati tidak tenang atau gelisah, tekapkan tangan di dada kemudian bacakan Al-Fatihah. Moga Allah tenangkannya."

Oleh : aqmusleem

Ulasan

Catat Ulasan