Dilema Dunia

    Uhuk. Lama sungguh aku tidak buka lembaran blog ni. Kali terakhir barangkali pada tahun lepas sebelum Covid-19 melanda. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dan baik-baik saja hendaknya.

    Lama dah tak menulis. Mencurhat atau mencoret di sini. Aku jadi sibuk dengan kehidupan lain yang membuat aku mengetepikan diari ini. Diari? Cliche bunyinya kan? Baru ada nilai sentimental pada blog ni berbanding platform atau media sosial lain.

    Apabila hidup yang semakin meningkat dan umur yang semakin bertambah ni, banyak perkara lain yang menjadi keutamaan berbanding kecenderungan diri sendiri. Tanggungjawab mengatasi minat. Contohnya aku yang suka menulis cerita-cerita pendek yang bermesej ini, kini memandang minat itu tidak mendatangkan untung. Jadi apabila ia tidak menghasilkan keuntungan, maka aku lebih cenderung mengusahakan perkara lain bahkan aku juga tetap menulis, tetapi menulis pada platform lain dan bermotifkan perkara lain. Minat ini aku ketepikan kerana aku menganggap ia tidak menguntungkan.

    Tapi memang benar bukan? Zaman milinea ini, adakah bidang penulisan dapat menjana pendapatan? Jika dapat, bagaimana pula mahu bersaing dengan lambakan penulis-penulis di muka bumi ini dalam bidang yang kecil ini? Adakah dengan menulis, aku dapat meyara keluarga?

    Itulah semua persoalan demi persoalan yang muncul tatkala aku memikirkan untuk mengusahakan sesuatu. Nyata momen-momen dalam filem yang menyuruh kita mencapai kejayaan dengan minat yang kita ada itu tidaklah boleh dipakai oleh semua orang. Mesej itu bergantung sejauh mana bidang minat kita itu diperlukan dan dicari oleh orang ramai. Jika nak diharapkan dengan menulis karya semata-mata, 100 tahun pun belum tentu ia dapat memberikan nafkah kepada keluarga.

    Begitulah dilema dunia yang melandaku. Lebih-lebih lagi si penulis yang sedang menulis ini seorang introvert. Sering mengharapkan pada pena supaya dapat menggegarkan dunia. Namun hakikatnya pena itu tidaklah lagi tinggi nilainya di mata dunia yang serba moden dan canggih kini. Tambah pula kemunculan Metaverse yang sudah memulakan langkah ke arah kehidupan dunia yang baru yang berkisar tentang kehidupan maya.

    Cukuplah kot setakat ini. Penulisan spontan tanpa rangka dan perancangan ini. Sesuailah nak dengan istilah 'diari' bukan? huhu. Terima kasih bagi yang sudi membaca curhat ini. Doakan saya semoga dibukakan jalan oleh Allah untuk mencari nafkah dengan minat mencoret ini. 

    Wassalam.






Ulasan