Menangkah aku?

Ternyata perbualan singkat bersama pak cik tua malam tadi sangat mengesankan jiwanya. Bicaranya sarat dengan pengajaran dan nasihat. Walhal, ianya berupa omongan biasa yang tidak langsung menyamai perbahasan, dialog ilmiah mahupun tazkirah. Entah kenapa butir perkataan pak cik tua itu seakan air dingin yang mengalir di sudut hatinya yang sudah lama terasa kosong, tercari-cari 'sesuatu'.

Air jernih mengalir tanpa disedari. Kemudian diseka perlahan dengan jarinya. Syukur. Tuhan masih sudi menegurnya.

"Pak cik teringin jadi orang yang berjaya."

Dahi Zamir berkerut. "Saya tengok pak cik dah cukup berjaya. Semuanya nampak cukup."

Si pak cik tersenyum.

"Belum. Pak cik belum betul2 berjaya jadi hamba Dia"

////////////////////////////////////////

Dunia gempar. Syarikat Zarm Meir difailkan tuduhan rasuah sejumlah 6 bilion usd. Bukanlah nilai wang yang dituduh itu yang mengejutkan akan tetapi status : syarikat kewangan islam itu yang menjadi buah mulut orang ramai.

Ketika diserbu para pemberita di luar pintu utama syarikat, CEO Zamir hanya mengunci mulut, tidak memberi respon kepada soalan2 dan tohmahan mereka. Sehingga kini penyiasatan masih dalam penyiasatan atas tuduhan tersebut.

Waktu itu duha. Kelihatan masjid Firdaus yang terkenal dengan keunikan kedudukannya di dalam laut lengang. Hanya beberapa orang saja yang terlihat sedang khusyuk dengan ibadah sunat masing2.

Zamir bersandar di tiang masjid. Mukanya bungkam. Sesekali nafas berat dilepaskan. Memang waktu ini dirinya benar2 diuji.

Sahabatnya yang dulu karib kini menjadi musuh. Pesaing perniagaannya yang dulu, kini menjadi pendendam tegar. Bahkan syarikat kewangannya yang dulu diyakini dengan sistem kewangan islam kini mula ditinggalkan.

Semuanya bermula dengan kemenangan yang disalah erti. Kemenangan yang diperjuangkan dulu untuk sistem islam kini berubah menjadi kepentingan peribadi. Tumpasnya Syarikat Netpole yang bersistemkan kewangan konvensional di peringkat antarabangsa, maka islam telah menang. Itulah yang digelar 'menang' oleh Zamir.

"Mir, perjuangan ini belum berakhir. Kemenangan sekarang hanyalah wasilah untuk sistem islam terus digunakan."

Kata2 Amri sewaktu malam keraian kemenangannya yang lalu kembali berbisik.

"Ye, aku tahu. Tapi sekurang-kurangnya kita dah menang sekarang ni." Jawab Zamir dengan nada selamba.

Saban hari, jam dan detik segalanya mula berubah. Segala keburukan dan thoghut dunia yang ditentang selama ni nyata sedikit demi sedikit hidup dalam syarikatnya sendiri. Pekerja2 syarikatnya yang berlatar belakangkan pelbagai bidang tidak ditarbiyah dengan baik mula melangkah keluar dari garis panduan yang ditetapkan syarikat.

Zamir sedar akan hal itu. Riba', rasuah, penindasan yang bertopengkan sistem kewangan islam tidak mampu untuk dikawalnya. Kerana segalanya melibatkan kepentingan diri dan syarikatnya. Berpunca daripada kemenangan yang disalah erti. "Perjuangan islam" itu seakan lenyap daripada kamus hidupnya.

////////////////////////////////////////

"Macam mana kau sekarang? Sihat?"

Lelaki bertuxedo kelabu tersengih.

"Gembira"

Mereka berdua tergelak. Pertemuan antara CEO Syarikat Amr & co. dan CEO Syarikat Zarm Meir.

"Walaupun kau hampir muflis sekarang ni?", tambah Amri lagi.

Zamir tetap dengan senyumannya.

"Yup. Sebab aku nak jadi hamba Dia yang berjaya."

Amri menepuk bahu Zamir perlahan. Dalam hatinya tersangat kagum dengan tindakan sahabat seperjuangannya itu yang mengambil tindakan drastik dengan membayar ganti rugi semua kepincangan dan penipuan kepada semua pelanggan dan pelabur syarikatnya. Demi usaha menegakkan yang hak dan menumbangkan yang batil.

"Kemenangan yang sebenar adalah apabila benar2 berjaya melaksanakan taklifat hamba kepada Dia. Beribadah, tegak yang makruf dan cegah yang munkar sebagai khalifah".

Zamir menatap penuh makna. Hatinya berasa benar2 terisi saat ini. Walhal ekaun banknya saban hari semakin kosong dek ganti rugi.

"Silap. Kau tertinggal sesuatu."

Dahi Amri berkerut. "Apa dia?"

Senyuman Zamir melebar. "Menjadi hamba Dia.. sampai mati".

Oleh : aqmusleem

Ulasan